Wednesday, June 24, 2009

Laporan Aktiviti PRS 6

Tarikh : 12 Mac 2009
Hari : Khamis
Masa : 1.30 tengah hari - 3.00 petang
Tempat : Dewan serbaguna

Kelab PRS telah mengadakan perjumpaan PRS kali ketiga di dewan serbaguna sekolah.

Dalam perjumpaan kali ini, Puan Zanariah selaku guru penasihat Kelab PRS, menyerahkan surat perlantikan PRS kepada ahli-ahli PRs yang baru. Beliau juga mengingatkan kami kembali mengenai etika dan tanggungjawab kami sebagai ahli PRS. Selepas itu, kami bersama-sama dengan Puan Zanariah menyanyikan lagu yang berjudul "Tangan yang Memberi" sambil berganding bahu ke bahu.

Diharap agar Kelab PRS akan bergiat aktif sepanjang tahun.

Laporan disediakan oleh,
Rakesh Kumar A/L Rathakrishnan
Naib Setiausaha 1 Kelab PRS,
SMK Jalan Empat

Laporan Aktiviti PRS 5

Tarikh : 25 Februari 2009
Hari : Rabu
Masa : 1.30 tengah hari - 3.05 petang
Tempat : Dewan serbaguna

Kelab PRS telah menjalankan pemilihan ahli-ahli PRS yang baru. Sebagai proses kedua pemilihan, semua calon PRS yang lulus "Ujian Personaliti" telah dipanggil ke dewan serbaguna untuk sesi temu duga. Seramai 10 orang penemu duga yang terdiri daripada ahli PRS tingkatan 5 yang akan menemuduga para calon.

Semasa sesi temu duga, kesemua 73 orang calon harus menjawab soalan-soalan yang ditanya oleh penemuduga. Kriteria-kriteria yang dicari untuk melayakkan calon untuk menjadi PRS ialah dari segi perwatakan, cara calon menjawab soalan dan tindakan mereka mengikut situasi. Hanya 52 orang calon yang lulus dalam sesi temu duga itu dan berjaya menjadi ahli PRS.

Semoga ahli-ahli PRS yang baru itu dapat memberikan komitmen yang tinggi pada tugas yang diberi.

Laporan disediakan oleh,
Rakesh Kumar A/L Rathakrishnan
Naib Setiausaha 1 Kelab PRS,
SMK Jalan Empat

Laporan Aktiviti PRS 4

Tarikh : 17 Februari 2009
Hari : Selasa
Masa : 1.05 tengah hari - 2.45 petang
Tempat : Dewan serbaguna

Kelab PRS telah mengadakan pemilihan ahli-ahli PRS yang baru. Sebagai proses pertama pemilihan, aktiviti "Ujian Personaliti" telah diadakan.

Hanya pelajar-pelajar tingkatan 1, 2 dan 4 sahaja yang dibenarkan untuk mengambil ujian tersebut. Seramai 120 orang pelajar yang menduduki ujian tersebut. Namun demikian, hanya 73 orang sahaja yang lulus dan layak untuk temu duga yang akan diadakan pada 25 Februari 2009.

Diharap calon-calon PRS ini sedar akan tanggungjawab dan etika sebagai ahli PRs yang unggul.

Laporan disediakan oleh,
Rakesh Kumar A/L Rathakrishnan
Naib Setiausaha 1 Kelab PRS,
SMK Jalan Empat

Tuesday, June 23, 2009

Laporan Aktiviti PRS 3

Tarikh : 12 Februari 2009
Hari : Khamis
Masa : 1.40 petang - 3.00 petang
Tempat : Foyer B

Ahli Kelab PRS telah mengadakan perjumpaan PRS yang kedua bertempat di Foyer B, Blok Seri Pujangga.

Dalam perjumpaan tersebut, Puan Zanariah selaku guru penasihat telah memberi ucapan mengenai etika PRS. Selepas itu, beliau membincangkan aktiviti-aktiviti PRS sepanjang tahun. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun ialah pembelian kemeja-T PRS, tag nama PRS dan vest PRS.

Diharap agar Kelab PRS akan bergiat aktif sepanjang tahun.

Laporan disediakan oleh
Rakesh Kumar A/L Rathakrishnan
Naib Setiausaha 1 Kelab PRS,
SMK Jalan Empat

Laporan Aktiviti PRS 2

Tarikh : 17 Januari 2009
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : Bilik kaunseling

Ahli Kelab PRS telah menjalankan aktiviti gotong-royong bersama-sama dengan guru penasihat, Puan Zanariah binti Haji Kadir di bilik kaunseling dan kawasan sekitarnya.

Didapati semua ahli PRS yang bekerjasama dengan baik. Hasilnya, bilik kaunseling dan persekitarannya kelihatan lebih bersih, kemas dan ceria.

Diharap agar kesinergian di antara ahli PRS dapat diteruskan lagi.

Laporan disediakan oleh,
Rakesh Kumar A/L Rathakrishnan
Naib Setiausaha 1 Kelab PRS,
SMK Jalan Empat

Laporan Aktiviti PRS 1

Tarikh : 10 Januari 2009
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi - 10.00 pagi
Tempat : Laman Kauseling (Di hadapan Bilik Kaunseling)

Kelab PRS telah mengadakan mesyuarat agong pada perjumpaan Kelab PRS yang pertama. Semua ahli PRS dan kedua-dua guru penasihat, Puan Zanariah binti Haji Kadir dan Puan Wan Amiza Azrinna binti Wan Ahmad telah hadir pada mesyuarat tersebut.

Dalam mesyuarat tersebut, ahli-ahli jawatankuasa tertinggi telah dilantik. Selepas itu, Puan Zanariah memberi ucapan mengenai etika PRS. Dalam ucapan beliau, setiap ahli PRS haruslah rajin dan berdedikasi. Beliau juga menyatakan bahawa yuran Kelab PRS bagi pelajar tingkatan 1 ialah RM 5.00 manakala bagi pelajar tingkatan 2, 3, 4 dan 5 ialah RM 3.00 .

Diharap agar semua ahli PRS menjalankan tanggungjawab mereka dengan penuh cakna.

Laporan disediakan oleh,
Rakesh Kumar A/L Rathakrishnan
Naib Setiausaha 1 Kelab PRS,
SMK Jalan Empat

Sunday, June 7, 2009

hari guru....

pada hari guru yang lalu, prs diberi amanah untuk melakukan tugas...amirah syuhada telah diberi tugas untuk menjadi pengacara majlis..selain itu prs turut ditugaskan untuk menyampaikan anugerah kepada guru2 yang diberikan anugerah.. ada juga prs yang ditugaskan untuk mengambil gamabar...prs juga ditugaskan untuk membuat kad hari guru....suasana meriah ketika hari guru..prs dapat melakukan tugas dengan lancar.....