Wednesday, June 24, 2009

Laporan Aktiviti PRS 5

Tarikh : 25 Februari 2009
Hari : Rabu
Masa : 1.30 tengah hari - 3.05 petang
Tempat : Dewan serbaguna

Kelab PRS telah menjalankan pemilihan ahli-ahli PRS yang baru. Sebagai proses kedua pemilihan, semua calon PRS yang lulus "Ujian Personaliti" telah dipanggil ke dewan serbaguna untuk sesi temu duga. Seramai 10 orang penemu duga yang terdiri daripada ahli PRS tingkatan 5 yang akan menemuduga para calon.

Semasa sesi temu duga, kesemua 73 orang calon harus menjawab soalan-soalan yang ditanya oleh penemuduga. Kriteria-kriteria yang dicari untuk melayakkan calon untuk menjadi PRS ialah dari segi perwatakan, cara calon menjawab soalan dan tindakan mereka mengikut situasi. Hanya 52 orang calon yang lulus dalam sesi temu duga itu dan berjaya menjadi ahli PRS.

Semoga ahli-ahli PRS yang baru itu dapat memberikan komitmen yang tinggi pada tugas yang diberi.

Laporan disediakan oleh,
Rakesh Kumar A/L Rathakrishnan
Naib Setiausaha 1 Kelab PRS,
SMK Jalan Empat

No comments:

Post a Comment