Wednesday, June 24, 2009

Laporan Aktiviti PRS 6

Tarikh : 12 Mac 2009
Hari : Khamis
Masa : 1.30 tengah hari - 3.00 petang
Tempat : Dewan serbaguna

Kelab PRS telah mengadakan perjumpaan PRS kali ketiga di dewan serbaguna sekolah.

Dalam perjumpaan kali ini, Puan Zanariah selaku guru penasihat Kelab PRS, menyerahkan surat perlantikan PRS kepada ahli-ahli PRs yang baru. Beliau juga mengingatkan kami kembali mengenai etika dan tanggungjawab kami sebagai ahli PRS. Selepas itu, kami bersama-sama dengan Puan Zanariah menyanyikan lagu yang berjudul "Tangan yang Memberi" sambil berganding bahu ke bahu.

Diharap agar Kelab PRS akan bergiat aktif sepanjang tahun.

Laporan disediakan oleh,
Rakesh Kumar A/L Rathakrishnan
Naib Setiausaha 1 Kelab PRS,
SMK Jalan Empat

No comments:

Post a Comment