Tuesday, June 23, 2009

Laporan Aktiviti PRS 1

Tarikh : 10 Januari 2009
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi - 10.00 pagi
Tempat : Laman Kauseling (Di hadapan Bilik Kaunseling)

Kelab PRS telah mengadakan mesyuarat agong pada perjumpaan Kelab PRS yang pertama. Semua ahli PRS dan kedua-dua guru penasihat, Puan Zanariah binti Haji Kadir dan Puan Wan Amiza Azrinna binti Wan Ahmad telah hadir pada mesyuarat tersebut.

Dalam mesyuarat tersebut, ahli-ahli jawatankuasa tertinggi telah dilantik. Selepas itu, Puan Zanariah memberi ucapan mengenai etika PRS. Dalam ucapan beliau, setiap ahli PRS haruslah rajin dan berdedikasi. Beliau juga menyatakan bahawa yuran Kelab PRS bagi pelajar tingkatan 1 ialah RM 5.00 manakala bagi pelajar tingkatan 2, 3, 4 dan 5 ialah RM 3.00 .

Diharap agar semua ahli PRS menjalankan tanggungjawab mereka dengan penuh cakna.

Laporan disediakan oleh,
Rakesh Kumar A/L Rathakrishnan
Naib Setiausaha 1 Kelab PRS,
SMK Jalan Empat

No comments:

Post a Comment